January 22, 2011

January 22nd 2011, 1948


Mari berkata-kata dalam bahasa Malaysia.

Hari ini saya ada lari-lari ! Saya lari dengan semangat yang boleh dikatakan tidak seberapa . Saya sangat letih hari ini, muka saya menjadi merah seperti tomato . Tetapi ketika saya berlari, sahabat-sahabat saya yang lain mengambil gambar untuk sekolah. Saya berasa sangat iri hati! Saya terpilih, tetapi saya berada di dalam kelab permata dan tidak dapat mengambil gambar . Saya juga mahu berlari . Untuk pengetahuan am, AmirRK memakai tag kelab yang terdapat nama Najwa tertera [Najwa adalah nama saya]


Konklusinya, saya mendapat nombor 49 atau nombor lain, saya sudah lupa, harap dapat dimaafkan. Saya berasa sangat menyesal kerana saya mahu berpengalaman. Maklumlah, saya tidak pandai mengambil gambar seperti mereka tetapi saya mahu cuba dan cuba ! Tetapi tidak mengapa, kerana tahun depan saya akan menyertai Kelab Tangkap Gambar dan menjadi aktif .

Saya akan sentiasa berharap ^_^ .

Fuhh, penat ... memikir ayat ! HAHA . This could be the last time that I'll be doing this type of post . HAHA .
AWA

No comments: